Assalamualaikum..
Abah dah hampir dua tahun pergi menjemput seruan Illahi.
Tapi hampir setiap hari tak pernah bibir nie lekang menyebut nama abah dalam doa setiap kali solat.
sampai bila bila pun abah akan sentiasa dalam hati
Perwira,Raja,Putera yang tiada galang gantinya !
teringat sangat bila baca entry kak Ila tentang arwah ayah dia.
sampai mengalir air mata nie kat opis baca story nie http://eikeshu.blogspot.com/2013/08/cerita-tentang-ayah.html
Abah memang sangat strick. sangat garang orangnya.
Masa aku skolah dulu memang takut kalau exam aku dapat marks rendah ke ape.
sana sini hantar aku tuisyen siang malam.
takpe duit berapa banyak sekalipun asalkan niat nak belajar.
Siang malam ugak abah cari nafkah nak senangkan kami satu family.
pagi pagi dah pergi office. petang bersukan kalau tak cycling memang tempat nak cari abah padang golf.
memang abah dengan golf berpisah tiada gittew haa !
malam pulak keluar bukak kedai. lepak kat kedai sampai 1 2 pagi baru balik rumah.
Abah ada jugak buat kerja lain. cari cari tender mcm tuu.
macam sub kontraktor macam tuu. dah masuk dunia civil nie baru aku tahu ape tuh sub -kon .
hahahaha !
hidup kami adik beradik dulu nak ape memang dapat.
setiap kali birthday mang abah akan beli jugak kek kalau tak celebrate buat party.
abah memang baik hati sangat !
SAYANG ABAH SANGAT !
tapi masa aku tingkatan 4, abah kena serangan jantung.
masa tu mama punyalah sedih. aku pulak selalu ingat
'PENYAKIT JANTUNG PEMBUNUH NO 1'
Aku menangis sedu sedan jugak masa dapat bad news tu !
tak cukup dengan semua dugaan tu, ada lah hamba Allah nie memang envy dengan abah.
Tahniah abah dinaikkan pangkat Pengurus Kelab Golf & Country Club kat Kota Bharu.
Before this abah cuma Penyelia Kelab Golf & Country Club kat kelab golf pengkalan chepa.
you deserve it abah. sebab kami adik beradik tahu abah memang workholic !
Sikap manusia yang sememangnya suka berdengki atas kejayaan orang lain tu memang dah jadi lumrah orang melayu barangkali.
macam macam pulak hamba Allah nie buat nak jatuhkan abah.
Lastly abah decide abah nak resign je. lepaskan semua yang ada kat depan.
So abah pun ambik lah cuti yang sebelum nie memang jarang nak guna kan.
ambik masa tu untuk biasakan diri bangun pagi tapi tak berpakaian slack and kemeja lagi.
Abah tahu abah bole buat kera lain. rezeki kat mana mana pun ada kan.
buat kerja kerja sub kon, fokus kat kedai, join Hai-O yang sememangnya dulu HOT .
rezeki tak pernah putus . alhamdulilah !
makin hari abah makin lemah. badan abah dah lemah.
pergi medical check up lagi. Doktor cakap sediakan 80k untuk operation by pass masuk bateri dalam jantung. menangis ! meraung aku !
bukan kerana wang ! bukan sama sekali.
tapi rasa kasihankan abah yang tanggung kesakitan tuh.
akhirnya wang dapat disediakan esok harinya. maka operation pun dijalankan.
Dah lepas pasal jantung, doktor gtau abah ada penyakit buah pinggang and need to do hydrolysis !
Ya Allah bertimpa timpa dugaanMU .
namun kami semua sambut dengan redha hati.
masih belum habis abah kena santau. kata banyak ustaz ada orang hantar 'benda' nak tgk abah seksa sampai akhir nafasnya .
untuk rosakkan segala organ dalaman abah.
Aku muhasabahkan diri. cuba terima segala cubaan Allah.
abah memang seorang ayah yang kuat !
hampir setiap malam abah tak dapat tidur.
sampai satu ketika abah kena stroke (angin ahmar).
sedih pilu hati nie tengok abah mcm tu.jahatnya manusia sanggup buat abah mcm tu.
berubat lah dan alhamdulillah stroke abah dah hilang.
bukan sekejap malah berlarutan sampai ajal menjemput !
yee ! sampai akhir hayat abah .
Tiga tahun lamanya abah menderita atas penyakit yang dia alami.
sedih sayu hati perasaan nie.
satu hari tu masa aku kat melaka dapat phone call dari paksu yang stay kat muar.
'Kakak kat mane ? cepat kemaskan barang kita balik kampung yee. tunggu along dari Sampai JB dulu and along patah balik datang Muar. nanti paksu jemput kakak kat Merlimau'. Bait kata kata paksu masih lagi terdengar kat halwa telinga nie.
untuk apa balik kampung tegesa-gesa nie.
apa yang jadi. takkan abah sakit tenat. mama takde call cakap apa-apa pun.
mungkin ada hal lain kot fikir aku.
masih tak puas hati. Ambik phone and call out no paksu.
'Nak balik kampung buat apa pksu ? kakak dah hampir final nie. lagi seminggu lebih je nie. belum study pape.ada apa sebenarnya nie?' tanya aku.
'abah dah tenat kakak. kita kena balik jumpa abah. tengok abah. kakak jangan nangis yee.'
slow and steady paksu gtau kat aku mungkin tanak aku menangis.
hampir pengsan aku kat rumah sewa time tu !
menangis meraung. Tuhan je tahu hancurnya hati aku.
remuk ! ABAH jangan tinggalkan kakak .
terus al-quran aku gapai. aku selak dan ayat ayat dalam quran meniti kat bibir nie.
kawan-kawan serumah dekati aku menenangkan hati nie.
namun hati nie takkan tenang selagi belum abah kat depan mata.
tengahari paksu dan along tiba dan terus ke KL untuk berangkat pulang sekali dengan Ayah cik.
malamnya kami tiba di HUSM sekitar 2.30 pagi.
masuk juga ke hospital .
dari luar aku intai abah.terlantar abah dikatil tanpa sebarang pergerakan.
pilunya hati nie.
esok pagi paginya aku bangun dan adik-adik memang dah jadi responsible aku.
aku hantar mereka ke sekolah dan aku pula terus bergegas ke hospital.
sampai je hospital memang terus masuk ke wad CCU 1FAIRUZ.
abah memang dah kaku. mata dah di salotip utk elakkan mata abah terbeliak.
wayar penuh didada.
mesin pernafasan dimulut jauh menusuk kedalam perut.
membantu abah untuk terus bertahan.
MENANGIS ! teruskan baca yassin !
berbisik aku kat cuping telinga abah.
'Bangun lah abah. kami adik beradik sayangkan abah. jangan pergi.
kakak sayangkan abah. nak abah sihat lagi. lalu kukucup dahi kering abah.'
tanpa sangka air mata abah jatuh juga. dengar mungkin apa yang aku bisikkan tadi.
masih teringat pesan arwah abah masa last sekali jumpa seminggu sebelum abah tenat.
'kakak jaga adik adik yee. abah dah nak pergi dah tak lama.
adik adik biar dapat hidup yang selesa.'
lebih kurang empat hari abah bernafas menggunakan mesin robot tu.
lastly kami decide bawa abah balik. sebab hakikatnya hanya jasad abah kat situ. rohnya dah tiada.
doktor nasihatkan kami bawa abah pulang.
dalam perjalanan bawa abah pulang, abah hembuskan nafas terakhir dalam ambulans.
disitulah abah telah pergi. pergi untuk selama-lamanya.
tapi abah akan sentiasa dalam hati kami. dalam ingatan kami. kakak along mama achik fariz and adik selalu kenang abah.
tak pernah lekang mendoakan abah kat alam sana.
biarlah orang berbuat jahat kat abah. sebab masa abah meninggal kakak nampak muka abah senyum.
mungkin abah dah terlepas dari tanggung segala penderitaan sakit tiga tahun lamanya !
KAMI REDHA !
ABAH TENANG DISANA !
semoga abah sentiasa tenang disana . terima kasih untuk segala-galanya abah.
TERIMA KASIH !
1963-2012 !
ABAH DALAM INGATAN KAMI ! AL-FATIHAH |
No comments:
Post a Comment