Wednesday 26 February 2014

MENGGELUPAS #PART II

Assalamualaikum..

Muka menggelupas tak menahan.

Kenapa haa. Dah dua kali muka menggelupas teruk.
Sometimes aku sendiri weird tau.musykil jugak terkadang tuh.
Muka nie kalau nak menggelupas kenapa menggelupas kat dahi and kelopak mata je ?
So nak kurangkan penggelupasan yang tengah aktif sangat tuh aku consume Dnars toner treatment.
Aku sapu siket je kat tempat gelupas tu pedihnya rasa nak menjerit tahu. Sampai kadang-kadang mengalir air mata nie.

Officemates semua dah menanya. Ape kene dengan muka aku nie.
Teruk nau gelupasnya. Hishh malunya. Sampai buatkan aku takde confidence level langsung.
Rasanya kalau aku nak kena face orang yang aku tak biasa mahu aku menangis nie. Xsanggup nak angkat muka.

Ape masalahnya nie.  Aku memang nak menangis lah kalau melibatkan kulit muka.
Memang tak boleh. Kita nak face orang, nak tatap mata orang.  And now aku tak bole kalau nak pandang orang lain. Rasa nk menangis terus tau.
Apa yang patut aku buat. Macam mane macam mane ?
Macam mane caranya nak hilangkan muka menggelupas nie ?
Tak sanggup dah nie nak tahan. Nak terus senyap.

Cepatlah muka sembuh seperti biasa. Cepatlah.
Jangan lah buat aku down mcm nie terus. Xde confidence level langsung dah.

Sungguh aku tak tahan nie.

Monday 24 February 2014

MUKA MENGGELUPAS

Assalamualaikum..

nak bercerita pun rasa malas. rasa macam takde mood.
kalau nak ikut EMOSI memang tak terkawal rasanya emosi sekarang nie.

Okayy ! before nak story pasal MENGGELUPAS nie nak wish goodluck utk achik and the whole team sebab dah berjaya masuk final dalam handball match. 

now back to title yee..

muka nie dah seminggu dah menggelupas.
sakit pedih tau. tak tahu apa salahnya nie.


so semalam aku ambik half day je. Tak menahan sangat dah rasanya nie.

beli lah toner TREATMENT dnars tau. nak bgi pori jahat nie mengecut dan kembalikan wajah normal.
sedihnya tau bila everyday nak face orang dengan muka yang menggelupas macam nie.
sabar je duhai hati. cepatlah baik . cepatlah .


Tuesday 18 February 2014

OFFICEMATES

assalamualaikum..
kat blog ade tak istilah #throwback haa ?

oh takde eh ?

kesah pulak kan. Nak throwback jugak.

nie haa nak menunjuk siket gambar officemates kawin haritu .

sila tengok eh ! walaweiii superb cantik beb..
*gedik rasa nak kawin je


happy marriage life kak ila, abg safwan

bersama permaisuri dan raja sehari :)


dah okay dah. tuu jee nak tunjuk pun. BYE :)

Tuesday 11 February 2014

ABAH DALAM INGATAN

Assalamualaikum..


Abah dah hampir dua tahun pergi menjemput seruan Illahi.
Tapi hampir setiap hari tak pernah bibir nie lekang menyebut nama abah dalam doa setiap kali solat.
sampai bila bila pun abah akan sentiasa dalam hati
Perwira,Raja,Putera yang tiada galang gantinya !

teringat sangat bila baca entry kak Ila tentang arwah ayah dia. 
sampai mengalir air mata nie kat opis baca story nie http://eikeshu.blogspot.com/2013/08/cerita-tentang-ayah.html

Abah memang sangat strick. sangat garang orangnya.
Masa aku skolah dulu memang takut kalau exam aku dapat marks rendah ke ape.
sana sini hantar aku tuisyen siang malam.
takpe duit berapa banyak sekalipun asalkan niat nak belajar.

Siang malam ugak abah cari nafkah nak senangkan kami satu family.
pagi pagi dah pergi office. petang bersukan kalau tak cycling memang tempat nak cari abah padang golf.
memang abah dengan golf berpisah tiada gittew haa !
malam pulak keluar bukak kedai. lepak kat kedai sampai 1 2 pagi baru balik rumah.
Abah ada jugak buat kerja lain. cari cari tender mcm tuu.
macam sub kontraktor macam tuu. dah masuk dunia civil nie baru aku tahu ape tuh sub -kon .
hahahaha !

hidup kami adik beradik dulu nak ape memang dapat. 
setiap kali birthday mang abah akan beli jugak kek kalau tak celebrate buat party.
abah memang baik hati sangat ! 

SAYANG ABAH SANGAT !

tapi masa aku tingkatan 4, abah kena serangan jantung.
masa tu mama punyalah sedih. aku pulak selalu ingat
'PENYAKIT JANTUNG PEMBUNUH NO 1'
Aku menangis sedu sedan jugak masa dapat bad news tu !

tak cukup dengan semua dugaan tu, ada lah hamba Allah nie memang envy dengan abah.
Tahniah abah dinaikkan pangkat Pengurus Kelab Golf & Country Club kat Kota Bharu.
Before this abah cuma Penyelia Kelab Golf & Country Club kat kelab golf pengkalan chepa.
you deserve it abah. sebab kami adik beradik tahu abah memang workholic !

Sikap manusia yang sememangnya suka berdengki atas kejayaan orang lain tu memang dah jadi lumrah orang melayu barangkali.
macam macam pulak hamba Allah nie buat nak jatuhkan abah.
Lastly abah decide abah nak resign je. lepaskan semua yang ada kat depan.
So abah pun ambik lah cuti yang sebelum nie memang jarang nak guna kan.
ambik masa tu untuk biasakan diri bangun pagi tapi tak berpakaian slack and kemeja lagi.

Abah tahu abah bole buat kera lain. rezeki kat mana mana pun ada kan.
buat kerja kerja sub kon, fokus kat kedai, join Hai-O yang sememangnya dulu HOT .
rezeki tak pernah putus . alhamdulilah !
makin hari abah makin lemah. badan abah dah lemah.

pergi medical check up lagi. Doktor cakap sediakan 80k untuk operation by pass masuk bateri dalam jantung. menangis ! meraung aku !
bukan kerana wang ! bukan sama sekali.
tapi rasa kasihankan abah yang tanggung kesakitan tuh. 
akhirnya wang dapat disediakan esok harinya. maka operation pun dijalankan.

Dah lepas pasal jantung, doktor gtau abah ada penyakit buah pinggang and need to do hydrolysis !
Ya Allah bertimpa timpa dugaanMU .
namun kami semua sambut dengan redha hati.
masih belum habis abah kena santau. kata banyak ustaz ada orang hantar 'benda' nak tgk abah seksa sampai akhir nafasnya .
untuk rosakkan segala organ dalaman abah.

Aku muhasabahkan diri. cuba terima segala cubaan Allah.
abah memang seorang ayah yang kuat !
hampir setiap malam abah tak dapat tidur.
sampai satu ketika abah kena stroke (angin ahmar).
sedih pilu hati nie tengok abah mcm tu.jahatnya manusia sanggup buat abah mcm tu.
berubat lah dan alhamdulillah stroke abah dah hilang.

bukan sekejap malah berlarutan sampai ajal menjemput !

yee ! sampai akhir hayat abah .

Tiga tahun lamanya abah menderita atas penyakit yang dia alami.
sedih sayu hati perasaan nie.
satu hari tu masa aku kat melaka dapat phone call dari paksu yang stay kat muar.

'Kakak kat mane ? cepat kemaskan barang kita balik kampung yee. tunggu along dari Sampai JB dulu and along patah balik datang Muar. nanti paksu jemput kakak kat Merlimau'. Bait kata kata paksu masih lagi terdengar kat halwa telinga nie.

untuk apa balik kampung tegesa-gesa nie.
apa yang jadi. takkan abah sakit tenat. mama takde call cakap apa-apa pun.
mungkin ada hal lain kot fikir aku.

masih tak puas hati. Ambik phone and call out no paksu.

'Nak balik kampung buat apa pksu ? kakak dah hampir final nie. lagi seminggu lebih je nie. belum study pape.ada apa sebenarnya nie?' tanya aku.

'abah dah tenat kakak. kita kena balik jumpa abah. tengok abah. kakak jangan nangis yee.'
slow and steady paksu gtau kat aku mungkin tanak aku menangis.

hampir pengsan aku kat rumah sewa time tu !
menangis meraung. Tuhan je tahu hancurnya hati aku.
remuk ! ABAH jangan tinggalkan kakak .

terus al-quran aku gapai. aku selak dan ayat ayat dalam quran meniti kat bibir nie.
kawan-kawan serumah dekati aku menenangkan hati nie.
namun hati nie takkan tenang selagi belum abah kat depan mata.

tengahari paksu dan along tiba dan terus ke KL untuk berangkat pulang sekali dengan Ayah cik.
malamnya kami tiba di HUSM sekitar 2.30 pagi.
masuk juga ke hospital .
dari luar aku intai abah.terlantar abah dikatil tanpa sebarang pergerakan.
pilunya hati nie.

esok pagi paginya aku bangun dan adik-adik memang dah jadi responsible aku.
aku hantar mereka ke sekolah dan aku pula terus bergegas ke hospital.
sampai je hospital memang terus masuk ke wad CCU 1FAIRUZ.
abah memang dah kaku. mata dah di salotip utk elakkan mata abah terbeliak.
wayar penuh didada.
mesin pernafasan dimulut jauh menusuk kedalam perut.
membantu abah untuk terus bertahan.

MENANGIS ! teruskan baca yassin !

berbisik aku kat cuping telinga abah.

'Bangun lah abah. kami adik beradik sayangkan abah. jangan pergi.
kakak sayangkan abah. nak abah sihat lagi. lalu kukucup dahi kering abah.'

tanpa sangka air mata abah jatuh juga. dengar mungkin apa yang aku bisikkan tadi.

masih teringat pesan arwah abah masa last sekali jumpa seminggu sebelum abah tenat.

'kakak jaga adik adik yee. abah dah nak pergi dah tak lama.
adik adik biar dapat hidup yang selesa.'

lebih kurang empat hari abah bernafas menggunakan mesin robot tu.
lastly kami decide bawa abah balik. sebab hakikatnya hanya jasad abah kat situ. rohnya dah tiada.
doktor nasihatkan kami bawa abah pulang.

dalam perjalanan bawa abah pulang, abah hembuskan nafas terakhir dalam ambulans.
disitulah abah telah pergi. pergi untuk selama-lamanya.

tapi abah akan sentiasa dalam hati kami. dalam ingatan kami. kakak along mama achik fariz and adik selalu kenang abah.
tak pernah lekang mendoakan abah kat alam sana.
biarlah orang berbuat jahat kat abah. sebab masa abah meninggal kakak nampak muka abah senyum.
mungkin abah dah terlepas dari tanggung segala penderitaan sakit tiga tahun lamanya !

KAMI REDHA !


ABAH TENANG DISANA !


semoga abah sentiasa tenang disana . terima kasih untuk segala-galanya abah.
TERIMA KASIH ! 
1963-2012 !


ABAH DALAM INGATAN KAMI ! AL-FATIHAH

MAZILA & SAFWAN

Assalamualaikum..

entry kali nie pulak ayu nak story pasal akak tempat praktikal ayu.
Memang cantik menawan orangnya.
Orangnya bergaya,cantik berpelajaran lagi. complete set lah senang cakap.
Akak nie QS kat Kelkon and very hardworking staff.

for first aku masuk praktikal kat sini rasa macam awkward tahap gilabab* tau !
Gila tak awkward aku sorang je terkontang kanting student praktikal sini.
tapi alhamdulillah sangat !
akak akak kat sini rupanya memang baik. friendly.
dah dua bulan lebih kat sini dah rasa mcm bole mixed ngan diorang.

Diam diam aku tahu yang staff kat sini ramai dah kahwin.
muka semua macam budak budak tau.
ingat semua masih bujang trang tang tang macam aku nie haa .
haish memang awet muda pulak semuanya.

okay back to the tiltle entry nie oceeyy !

Kak Ila ! lastly ! you are married women.

"Bila lah pulak turn aku nie haa" getu dalam hati je. 
nak cakap segan lah. gedik nak kahwin pulak.hahaha

Tahniah kak Ila and abg Safwan !

akhirnya dah pun masuk alam perkahwinan kan akak.
cantik sangat ayu tengok akak time kat pelamin tuh.
rasa macam ayu pulak nak bukak baju akak and pakai kat ayu.
hurh ! eh tapi bukan abg safwan lah partnernye ! hahahaha

Ayu doakan kak ila & abg safwan kekal hingga hujung nyawa.

cepat-cepat dapat baby yang chumil chumil okay !

OUTDOOR VERSION. PHOTO BY KIMIHASSANPHOTOGRAPHY



Tuesday 4 February 2014

MEREKA DI KELANTAN

Hai hai semua. *lambai tangan…
Assalamualaikum semua..
Seronok pulak ayu nak story entry kali nie. Mungkin sebab contentnye nanti best utk ayu share dengan korang semua.
Haa macam nie ceritanya.. sepanjang ayu kat Politeknik Merlimau Melaka yang lebih dikenali dengan singkatannya PMM nie memang ayu mixed dengan semua org luar.
Ayu akui yang ayu mang tak ramai kawan Kelantan kat poli tu.bukan sebab tak mixed dengan orang.
Mungkin sebab kos civil nie tak ramai student dari Kelantan tuu yang buatkan ayu lebih rapat dengan orang luar..


Almost 3years ayu kat Melaka. Boleh dikatakan selalu sangat ayu ngajak dorang visit Kelantan.
Tapi jawapannya selalu hampeh. Kelantan jauh lah. Susah nak pergi lah.
Sokay ayu paham memang Melaka dengan Kelantan jauh pun. Kena planning betul-betul kan.
And dh last semester nie ayu dah start praktikal di Kota bharu. Tempat sendiri lah senang kan.
Macam tak percaya bila dorang contact ayu gtau dorang nak datang sini. Tiket pun dah siap beli.
Walaaweeiii ! biar betul nie.. planningnnya dua tiga orang je. Last last tujuh yang datang.

For first kan, sorry kalau ada banyak kekurangan masa korang melawat tempat ayu nie.
Hope sangat-sangat korang puas hati. Thankyouu for having so lovely time dengan korang.
Semua dah Nampak sporting and awesome sangattttt tau..

Dalam banyak-banyak tempat kat Kelantan nie ayu Cuma sempat bawa korang pergi several of thems je.
First day tu sempat pergi Bukit Keluang,Besut  yang mengambil masa lebih kurang sejam  lebih dari kota bharu. Malamnya pula kami ke Wakaf Che Yeh tapi memang superb bila traffic crowded gila disebabkan cuti raya cina. Selalunya ayu amek masa lebih kurang 25minit je nak sampai.tapi malam tu amek masa lebih sejam tau nak sampai sana. Memang seronok lah makan jam tak bersapukan roti nie. Hehehe.. dah banyak dorang shopping kat sana ayu pun takkan tengok je tanpa beli pape kan. Memang tak sah. Bukan ayu lah tu kalau pergi mana-mana and balik tangan kosong. Lebih kurang jam 2.30pagi baru sampai rumah.
Second day dorang pergi Rantau panjang pagi-pagi lagi while ayu tak sempat nak ikut sebab ade kenduri yang kena attend kan. Petangnya pula semua gerak pergi Pantai Melawi untuk BBQ. Dorang memang helpful sangat tak kira laki mahupun perempuan.had so much fun moment. Main game tepung habis satu badan. Lepastu kami pergi PCB belah malamnya and minum-minum kat situ. Masih tak puas hati kami pergi lepak and dengar lagu dekat Hotel Ridel tu. Balik rumah dah pukul 1 pagi tuh memang tersadai kepenatan sangat lah.

And the last day, tyra kena balik pagi. So ayu hantar tyra ke machang pagi tu. Lepas tu meet up them kat depan politeknik kota bharu. Memang si eyka,ekin,nad,marzuqi,acid and fais dah tunggu ayu kat situ. maaf lah lambat sampai sebab jalan jem sangat aih..crowded Ya Rabbi tahu. Kami gerak ke pengkalan kubur. Beli lah satu dua barang sambil cuci mata kan. Dah penat shopping semua dah kelaparan. Ke pantai sri tujuh tujuan kami untuk isi perut yang dah mula berkeroncong lagu dangdut tuh.
Lepas je makan, kami semua berpisah kat situ.masing-masing buat haluan sendiri and menanti masa nak pulang negeri masing-masing kan. Really tired tau. Best jugak bercuti di negeri sendiri sambil bawa orang luar kenal Kelantan. Thankyouu sahabat yang banyak beri ayu memori yang takkan pernah ayu lupakan.

Nanti datang lagi tau. And tunggu ayu pergi tempat korang pulak yee..


PANTAI AIR TAWAR,BESUT TERENGGANU

PANTAI MELAWI FOR BBQ

ACT LIKE 6 Y/O CHILDREN WITH GIRLS

FIRST GATHERING AND WE MEET UP AT BUKIT KELUANG,BESUT