Thursday 23 July 2015

CARA MERAWAT HATI TERLUKA

CARA MERAWAT HATI TERLUKA ! tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. apatah lagi untuk merasa lemah akibat hati dan perasaan dipermainkan. apabila kita merasa kecewa dan terluka, hati mula tidak tenang dan air mata pasti menjadi teman setia.

selalunya kekecewaan ini kerap berlaku akibat 'CINTA'. namun ada satu hal yang perlu kita semua ketahui bahwa cinta itu ada pasang surutnya. setiap pertemuan jua ada perpisahan. pada mulanya kita akan lemah semangat dan seakan hilang arah hidup. itulah akibatnya apabila berpisah dengan orang yang kita sayang tidak kira lah apa puncanya sekalipun.

sesebuah hubungan itu akan selalu diuji. dalam sesebuah hubungan jua pasti ada up and down. andai kata kita tidak pernah merasa terjatuh, kita tidak akan ketahui betapa peritnya untu bangkit semula namun dari situ kita mampu meraih kekuatan yang luar biasa. bersyukurlah andai Allah menguji kita sehebat ini kerana kita salah seorang yang beruntung menjadi pilihan Allah. jangan terus terduduk malah bangunlah semula untuk orang sekelilingmu.


CARA MERAWAT LUKA DIHATI :

1. MEMBACA YASIN

disaat saya sedang terlalu rapuh dek kerana putusnya CINTA, saya mengamalkan bacaan yasin ini. alhamdulillah serabut dalam kepala ni seakan berkurang dan hati semakin tenang.

memang surah ini mempunyai aura yang luar biasa. mampu mententeramkan hati yang kian rapuh . Allahuakbar ! besarnya nikmatMU ya Allah.


2. BERZIKIR DAN BERISTHGFAR

tipulah andai disaat hati sedang sakit mulut hendak berkata hal baik baik saja bukan? pasti sumpah seranah jua yang terpancul keluar. tapi alhamdulillah Allah menjaga adabku sebagai wanita untuk tidak berbuat demikian. saat hati mula terasa sakit dan marah, lantas laju bibirku menyebut nama Tuhan pemilik sekalian alam ini. ya Allah sungguh perasaan marah itu mampu dikawal hati.

3. SOLAT SUNAT TAHAJJUD

bangunlah diwaktu 1/3 malam untuk bertahajjud. waktutu semua orang sedang lena diulik mimpi dan kita punyai masa sesuai yang damai untuk tahajjud. in shaa Allah ketenangan tu milik kita bersama. positiflah Allah tidak akan menguji andai tahu kita tidak mampu.



alhamdulillah . in shaa Allah hati makin kuat.

 “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )"





Sunday 9 March 2014

KEMBALILAH MH370

assalamualaikum..

nak dikomen tak tahu apa yang sebenar-benarnya yang terjadi.
menanti berita bukan dalam Malaysia semata tapi jua negara luar yang turut membantu.

hati nie luluh berkecai bila fikiran mula membayangkan keadaan penumpang dalam pesawat ketika dalam kecemasan.
cuba anda bayangkan waktu anda fly dan flight mula menempuh awan yang tebal pun flight seakan berkocak bukan ? cukup menggerunkan buat kita didalam pesawat. apatah lagi dalam keadaan mereka yang sehingga kini masih belum ditemui.

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah misi pencarian pesawat MAS MH370 ini".

bole lah baca berita dari sumber sumber nie dan jangan terlalu cepat buat kesimpulan. 
kalau dah terlampau berfikir pun, simpan je dikotak pemikiran kita je.
heee..

http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-radar-tentera-kesan-mh370-patah.html

http://greenboc.blogspot.com/2014/03/petunjuk-baru-dua-tompokan-minyak.html

http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-pesawat-mas-yang-hilang.html

Saturday 8 March 2014

Assalamualaikum..
08/03/2014 sekali lagi Negara kita Malaysia  digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.  Subhanallah dugaan buat Negara kita.

Seramai 227 penumpang yang bersama dalam pesawat serta 12 crew on boards telah dikenalpasti. Pegawai kanan pesawat tersebut, Fariq ab hamid yang berasal dari Pasir Mas , Kelantan juga antara mangsa yang terlibat.

Wahai sekalian alam, Negara ditimpa bencana ayuhlah kita menadah tangan memohon doa semoga segala misi pencarian segera dipertemui. Kasihanilah ahli keluarga mangsa yang berada dalam keadaan berduka cita. Dalam keadaan yang teramat gelisah. Andai benar mereka telah terkorban, timbulkanlah jasad mereka. Ayuh rakyat Malaysia kita bersatu padu sama-sama bermohon dan meminta pada Allah. Percaya akan segala musibah yang berlaku atas kehendak ALLAH S.W.T.

People, please take good care of others feeling especially victim’s family jangan lagi kita saling menuduh pilot  tuh asalnya dari Kelantan memang macam tu. Apa nie ? apa nie ? Ya Allah ! orang ditimpa musibah kita masih berdolak dalih sambil menuduh itu ini.

Okay, pagi nie dua orang setiap ahli keluarga mangsa diterbangkan ke satu lokasi yang kita sendiri tidak tahu kemana. Tapi untuk apa ? melainkan telahpun dijumpai bangkai kapal terbang tersebut kan ? jangan lah bermain hide and seek. Rakyat pun ingin tahu cerita yang sebenarnya.

Bagaimana pula dengan desas-desus yang mengatakan ada dua orang yang menggunakan passport palsu dan telah memasuki pesawat tersebut ? dan owner passport tersebut telah tampil membuat laporan. Apa lagi nie ? terrorist ? siapa mereka ? Hanya Allah yang maha mengetahui.


Ayuhlah malaysiaku ! berdoa untuk MH370 .

waris dibawa ke lokasi berhampiran kejadian




Sunday 2 March 2014

MASIH MENCINTAINYA - PAPINKA

Assalamualaikum..
hai hai semua. ayu kan in love betul dengan lagu Masih Mencintainya by Papinka tuh.
bai bait lirik lagu tuh bawa makna yang sangat deep tau. so korang bole lah google, tengok youtube yee.

Nie haa liriknya. sambil dengar lagu nie sambil menyanyi sambil mengunyah. best jugak tuh. 

MASIH MENCINTAINYA BY PAPINKA



Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu

Saturday 1 March 2014

NATA DE COCO


ASSALAMUALAIKUM ..

Al kisahnya pergi lah mall dengan cousins and aunty aku.

Niatnya mang nak temankan aunty beli barang dapur je. No specific intention pun.
So aku ikut je bontot Che ngah pilih barang. Amek barang.
Then che ngah cakap nak nata de coco. Nak yang mango punya. Aku usha lah.
Kat mne lah staff mall nie sorok flavor mango kan. Mata aku tertacap kat bawah sekali.


Eh eh mang staff nie tak buat kerja ke ape haa..
Dah lah punya susah lah kalau nak entertain customers nie. Geram menyirap je rasanyaa hati nie.


Aku Nampak yang mango punya ade kat bawah je. Kat atas tuh still byk bertingkek-tingkek lah kan. Aku pun tarik lah slow slow memandangkan dyeorang susun macam hape tah. Dah macam beam. Kiri kanan. Kat tengah dah kosong dah. Kalau aku tarik satu, mang dah tak balance lagi dah. Aku pun rajinkan diri lah kan susun yang kat atas tuh siket biar beyul siket.


Lepastu yang lain aku biarkan je. Aku menapak lebih kurang 7langkah je, aku dengar barang jatuh. PANGGG!! Haaaaa..
Dah agak dah benda apa yang jatuh. Hahaha.. aku toleh belakang memang betul sangat sangkaan aku kan.hahahaha..


Dah selamat mendarat ke lantai dah pun nata de coco tuh semua kan. Dah pecah dah tumpah dah melekit lah lantai tuh. Macam sinetron pulak rasanya tengok drama tu.
Aku rasa guilty lah pulak kan. Tapi che ngah cakap biarkan je. Staff ramai tapi tanak buat kerja. Tanak layan customers. So biarkan dorang bersihakn semua tuh. So aku pun buat dunno je memandangkan aku dah jauh menapak kat tempat lain kan.
Buat selamba dekk je. Haa mcm tuu lah kisahnya aku dengan Nata De Coco nie..

Wednesday 26 February 2014

MENGGELUPAS #PART II

Assalamualaikum..

Muka menggelupas tak menahan.

Kenapa haa. Dah dua kali muka menggelupas teruk.
Sometimes aku sendiri weird tau.musykil jugak terkadang tuh.
Muka nie kalau nak menggelupas kenapa menggelupas kat dahi and kelopak mata je ?
So nak kurangkan penggelupasan yang tengah aktif sangat tuh aku consume Dnars toner treatment.
Aku sapu siket je kat tempat gelupas tu pedihnya rasa nak menjerit tahu. Sampai kadang-kadang mengalir air mata nie.

Officemates semua dah menanya. Ape kene dengan muka aku nie.
Teruk nau gelupasnya. Hishh malunya. Sampai buatkan aku takde confidence level langsung.
Rasanya kalau aku nak kena face orang yang aku tak biasa mahu aku menangis nie. Xsanggup nak angkat muka.

Ape masalahnya nie.  Aku memang nak menangis lah kalau melibatkan kulit muka.
Memang tak boleh. Kita nak face orang, nak tatap mata orang.  And now aku tak bole kalau nak pandang orang lain. Rasa nk menangis terus tau.
Apa yang patut aku buat. Macam mane macam mane ?
Macam mane caranya nak hilangkan muka menggelupas nie ?
Tak sanggup dah nie nak tahan. Nak terus senyap.

Cepatlah muka sembuh seperti biasa. Cepatlah.
Jangan lah buat aku down mcm nie terus. Xde confidence level langsung dah.

Sungguh aku tak tahan nie.

Monday 24 February 2014

MUKA MENGGELUPAS

Assalamualaikum..

nak bercerita pun rasa malas. rasa macam takde mood.
kalau nak ikut EMOSI memang tak terkawal rasanya emosi sekarang nie.

Okayy ! before nak story pasal MENGGELUPAS nie nak wish goodluck utk achik and the whole team sebab dah berjaya masuk final dalam handball match. 

now back to title yee..

muka nie dah seminggu dah menggelupas.
sakit pedih tau. tak tahu apa salahnya nie.


so semalam aku ambik half day je. Tak menahan sangat dah rasanya nie.

beli lah toner TREATMENT dnars tau. nak bgi pori jahat nie mengecut dan kembalikan wajah normal.
sedihnya tau bila everyday nak face orang dengan muka yang menggelupas macam nie.
sabar je duhai hati. cepatlah baik . cepatlah .