Tuesday 31 December 2013

MALAM TAHUN BARU 2014..

KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.

Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.

Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.

Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.

Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.

Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.

LAPORAN LANGSUNG

12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari.
Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai.
12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.
Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.
11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.
11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.
11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.
11.05 PM: AJK PAS PUSAT, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kali pertama himpunan sebegini diadakan pada waktu malam, dan terbukti ianya aman.
"Kita harap keadaan ini berterusan sehingga tamat himpunan," katanya ketika berucap.
11.00 PM: Difahamkan berlaku sedikit kekecohan ketika peserta mahu melepasi benteng keselamatan menuju ke Dataran sebentar tadi.

Terdapat orang ramai terhimpit. Bagaimanapun suasana kembali terkawal sejurus selepas itu selepas polis mengawal keadaan.
10.50 PM: Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata, tiga talian Hotline yang disediakan pihak mereka untuk aduan kes tangkapan malam ini telah di hack oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan dari orang ramai bahawa ada menerima mesej berbaur lucah dari ketiga-tiga nombor tersebut.
Pihak tersebut juga menggunakan nombor itu untuk menyebar mesej provokasi.
"Nombor-nombor 'hotline' JUHAM 016-6346633, 016-6241133 telah diceroboh (hacked) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat bahawa sms lucah dan menghina telah dihantar melalui nombor-nombor tersebut kepada pihak ketiga.

"SILA AMBIL PERHATIAN, pihak JUHAM tidak pernah menghantar apa-apa sms kepada mana-mana pihak, nombor-nombor tersebut hanya untuk pihak JUHAM menerima sms mengenai aduan dari mana-mana pengadu sahaja," dalam satu kenyataan 
kepada Harakahdaily.
10.45 PM: Pelbagai gelagat bantahan ditunjukkan peserta yang hadir malam ini. Masing-masing mereka menggunakan kreativiti tersendiri dalam menyuarakan bantahan.
10.40 PM: Himpunan Turun malam ini masih berlangsung aman. Peniaga turut mengambil peluang membuka gerai ditepi-tepi jalan.
Bagaimanapun Utusan Online melaporkan, polis menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan dengan perhimpunan 'menggulingkan kerajaan' malam ini .
10.35 PM: Pihak Polis membenarkan peserta himpunan masuk ke kawasan Dataran Merdeka yang ketika ini sedang berlangsung acara konsert.
10.30 PM: Gambar menunjukkan suasana orang ramai yang berpakaian hitam di LRT Bandaraya sedang menuju ke Dataran Merdeka.
10.20 PM: Dianggarkan lebih 10,000 orang sudah berkumpul di kawasan Dataran Merdeka dan jumlah ini dijangka terus bertambah menjelang detik 12 malam ini.
Pengerusi Turun, Azan Safar turut memberikan ucapan. Beliau adalah individu yang sebelum ini ditahan pihak polis ekoran penganjuran himpunan malam ini.
10.15 PM: Sebahagian peserta mengambil tempat dengan memenuhi jalan raya di kawasan sekitar dengan dengan kawalan pihak polis.
Ada di antara mereka dilihat mengambil kesempatan bergambar dan bertegur sapa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis.
10.10 PM: Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Antara lain beliau berkata, himpunan malam ini adalah himpunan mengembalikan maruah dan hak rakyat.
""Saya hadir ini bagi menghalang sebarang usaha guling kerajaan. Namun nampaknya ia berlangsung dengan aman. Syabas kepada yang hadir kerana kita dapat berhimpun dengan aman jika tiada provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
10.05 PM: Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
10.00 PM: Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.
9.50 PM: Perhimpunan aman malam ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat, merentas etnik dan ideologi.
Wakil seniman Paksi Rakyat (Paksi) Hasni Abas turut bersolidariti bersama malam ini. Kumpulan mereka berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
9.45 PM: SOGO- Kumpulan yang bergerak dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tiba di hadapan Sogo dan mula bergabung dengan peserta yang sedia menunggu di sini.
Mereka terus bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
9.40 PM: SOGO- Laungan 'Hidup Rakyat', 'Bangkit Rakyat', 'Tumbang BN' berterusan digemakan. Mereka juga beransur-ansur bergerak ke Dataran Merdeka. Cuaca baik malam ini dilihat memudahkan pergerakan peserta.
Kelihatan anggota trafik turut mengawal lalulintas sementara pengguna jalan raya dilihat turut membunyikan hon tanda sokongan.
9.30 PM: DATARAN MERDEKA- Suasana di sekitar Dataran Merdeka mula dipenuhi mereka yang berpakaian hitam. Dianggar ribuan sudah memenuhi jalan masuk ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya termasuk dari Jalan Sultan dan Jalan TAR.
 9.25 PM: Kumpulan dari Pejabat AGung PAS di Jalan Raja Laut mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pergerakan mereka diawasi pasukan Unit Amal yang turut menjadi barisan hadapan.
Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut bergerak bersama kumpulan ini.
 9.20 PM: SOGO- Hampir 300 orang memenuhi kawasan dataran hadapan kompleks membeli belah ini. Sebahagian mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka secara berperingkat.
Sekumpulan anak muda menunjukkan playkad bertulis "Rakyat Sengsara Tahun 2014" kepada orang ramai yang lalu lalang di sini, sebagai suara bantahan yang akan digemakan malam ini.
 9.15 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Naib Presiden PAS Salahudin Ayub turut memberi ucapan kepada peserta di sini. Beliau bersama beberapa lagi pimpinan PAS dijangka mengetuai perjalanan dari sini ke Datan Merdeka.
 9.10 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberikan ucapan semangat kepada peserta himpunan yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat PAS di Jalan Raja Laut ini.
Turut serta beberapa lagi exco serta pimpinan pemuda yang lain.
9.05 PM: SOGO- Empat orang anak muda dari Lumut , Perak memberitahu mereka berkongsi duit minyak untuk sama-sama datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai himpunan ini.
Salah seorang dari mereka, Hafiz Sulung, 23, bertolak dari Lumut jam 1 petang tadi dan tiba di kompleks membeli belah Sogo kira-kira jam 7 petang ini.
Mereka menjelaskan penyertaan mereka malam ini atas dasar kesedaran dan tekanan yang dirasai akibat kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
9.00 PM: SOGO- Dua orang kakitangan kerajaan yang ditemui oleh Harakahdaily di sini turut menyatakan sokongan kepada himpunan ini. Mereka menyifatkan peserta malam ini sebagai mewakili rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup.

"Kami guru, jadi tak boleh sertai himpunan ini. Tadi dah dapat memo dari pengetua melarang guru sertai himpunan ini," kata salah seorang darinya yang enggan memberi nama.
8.45 PM: SOGO- Kehadiran di sini mencecah 300 orang dan dijangka terus bertambah dari masa ke masa.

8.40 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Sekumpulan pasukan Unit Amal yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah' dilihat berkumpul dan mengadakan perbarisan sebagai persediaan mengawal keselamatan peserta himpunan malam ini.

Turut kelihatan, orang ramai yang berpakaian hitam mengambil tempat memulakan himpunan di sini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka berjarak kira-kira 3 kilometer.

8.30 PM: SOGO- Orang ramai dengan berpakaian hitam mula berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Kehadiran mereka dikatakan tiba seawal jam 6 petang.

Majoriti di yang berkumpul di sini adalah dari kelompok aktivis mahasiswa dan juga anak-anak muda.

Beberapa pemimpin mereka dilihat memberikan ucapan ringkas sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bangkit Anak Muda'.

Sumber :Harakah Daily

Monday 30 December 2013

365/365. THE END :)

Hey guys ! today is page 365/365 okayy..
Sedar tak sedar dah di penghujung tahun 2013 kan..
Cepat betul masa berlalu.. macam tak percaya bakal mencecah 21 tahun..
Terasa mcm baru semalam lepas SPM..
Dah jadi anak dara dah Ayu.. so please behave okay..

Everyone ada azam tahun baru tersendiri kan? Ayu pun sama..
In shaa Allah asalkan nawaitu betul Allah permudahkan..
“Ya Allah, jadikan aku muslimah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,
Kau permudahkanlah segala urusanku, Kau murahkanlah rezekiku.”
Semoga Allah mengabulkan segala doa dan permintaanku.. In shaa Allah..

Orang nak masuk tahun baru upload gambar-gambar latest lah kan..
Tapi ayu nak upload gambar-gambar lama. Gambar kenangan..
Gambar kenangan ayu masa kat alam persekolahan dengan kawan-kawan..
Kalau lah masa tu boleh diundur, kan ?

Bila ayu tengok satu satu gambar nie semua seriously nak mengalir air mata nie..
Rindunyeee ! rindu nak jumpa dorang semua.. rindu nak buat semua tu sama-sama lagi.
Tapi sekarang semuanya dah ada kehidupan masing-masing.
Semua dah ada cita-cita dan karier masing-masing.
Doa ayu semoga semuanya Berjaya dan lead a happy life..
Nak tengok jugak siapa yang akan kahwin dulu.

Okay wait and see ya !

selamat tinggal 2013.selamat datang 2014.
semoga tahun mendatang kita akan lebih baik dan lebih matang
dalam melayari kehidupan yang penuh mencabar :')

Poyo kan. tengok yang bawa bantal pink,galas bag pink tuh.pegi kem bawa luggage. haha

nak pergi tubing..

cap merah. bag pink. spot that person..

hahaha..muka memang buruk gila lah that time..

bertie pink okay.. hari kemerdekaan

pink again and again.. busana muslim form4

merah ! rumah Delima always the best

i love scout..love the team :)

Saturday 28 December 2013

KELANTAN MUNDUR ?

negeri kelantan dikatakan sebuah negeri yang sangat daif 
dibawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz.
Dikatakan juga mentaliti rakyat Kelantan agak mundur dan kebelakang.
Tiada pembangunan yang pesat berlaku di Kelantan.

Ayu sendiri tak tahu why ramai sangat yang nak bash Kelantan.
Nak beza-bezakan kami rakyat kelantan dengan rakyat negeri lain.
padahal semuanya sama je. takde bezanya.

Memang betul kami rakyat Kelantan agak berpuak-puak.
memang betul kami tak bole tinggalkan bahasa kami.
memang betul .memang betul.

Tapi, cuba bukak mata. bukak minda siket lah.
ramai mane rakyat kelantan yang ada kat IPTA.
ramai mane rakyat kelantan yang berjaya kat luar sana.

Kami bukanlah seteruk yang disangka.
kami same je dengan yang lain.
jangan hina kami hanya kerana kami rakyat kelantan.
jangan hina ulama kami. pemerintah kami.

Tok guru sememangnya kebanggaan rakyat kelantan.
jangan maki tok guru. jangan hina tok guru.
sebab apa ? sebab kami akan pertahankan ulama kesayangan kami.
korang kat luar tak tahu mcm mane cara pemerintahan tok guru.
kami rakyatnya. kami tahu. kami kenal tok guru.
kami punyai sultan yang sangat humble. sangat mesra rakyat.
yang sanggup sama-sama turun padang uruskan jenazah.
yang selalu menolong rakyatnya.

Wednesday 25 December 2013

PEREMPUAN YANG BANYAK CAKAP DAN GELAK ADALAH PEREMPUAN YANG PENDIAM BILA ADA MASALAH DAN BANYAK MENANGIS DALAM DIAM

Assalamualaikum..

Entry kali nie ayu refer kat blog Ex student PMM, abg Acik yang sememangnya blogger terkenal dengan Blog nye. sila klik  http://www.akupenghibur.com/2013_11_01 untuk maklumat mengenai entry ayu kali nie.

Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam. Itu bait bait ceramah yang disampaikan oleh pendakwah sempoi yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dikenali sebagai UAI.

Sebelum nie pun ayu ade banyak refer pada kawan kawan pasal nie. Sebagai perempuan ayu memang akui perempuan yang banyak cakap itu lebih pendiam bila mereka mempunyai masalah atau lebih senang untuk bersendiri tanpa menyusahkan atau membebankan orang lain.

Masalah tu akan datang dalam pelbagai cara dan bentuk sebab Allah akan selalu menguji kita untuk tahu tahap mana keimanan kita. Dugaan Allah tak pernah menjangkau kemampuan makhluknya sendiri. Namun kebiasaannya perempuan akan diamkan juga dan memperlihatkan bahawa dirinya sentiasa bahagia dan ceria.

Percayalah perempuan sebegini memang kuat dan matang dalam mengharungi kehidupan. Mereka lebih suka berpura-pura senyum di depan semua orang supaya tidak membebankan orang lain. Namun begitu, perempuan seperti ini akan menangis bila mereka bersendirian dan berfikir akan masalah tersebut sendirian. 

berbeza dengan lelaki dimana menurut pakar lelaki mampu mengetepikan segala masalah dan still mampu untuk menyimpan maklumat. Mereka masih mampu cool and rilex walaupun dalam masa yang sama mereka dihimpit dengan bermacam-macam masalah. Bagi perempuan, otak perempuan tidak dapat menyimpan maklumat secara khususnya ataupun dengan kata lain bila mereka ada masalah, ianya akan terus berlegar dalam fikiran sepanjang hari.

Tuesday 1 October 2013

FINAL YEAR, FINAL PROJECT

mereka tak pernah jemu untuk terus bagi sokongan antara satu sama lain..
thanks teammates cause selalu ada untuk saling membantu..

thanks mirae sebab sudi jadi kawan, teman ayu ..
          kalau nak dikongsikan selama hampir 3tahun ayu jadi anak perantau nie memang terlalu banyak dugaannya.bermacam-macam masalah, ada pahit ada manisnya jua.. Melaka sebuah negeri yang dari dulunya ayu ingin terokai.. ingin ayu jejak.. dari sekolah dulu kita belajar tentang sejarah Parameswara yang sememangnya menjadi hot spot kan.. so, hari nie ayu berdiri di bumi Melaka. Tanah tumpah darah Parameswara..

pejam celik pejam celik rasa macam dah terlalu lama ayu kat Melaka.. hanya tinggal lagi sebulan sebelum pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. sedih jugak rasanya. sebak jua rasa dalam hati nie.. tapi setiaap yang hidup pasti mati, setiap pertemuan akan ada perpisahannya..

bersyukur rasanya dapat kenal mereka.. dapat bersama kawan-kawan ayu.. mereka memang awesome habis.. tak pernah jemu untuk berkongsi ilmu, bagi tunjuk ajar, beri semangat bila tengah down.. bila jauh dari family, mereka ibaratnya ibu ayah. kita sama-sama berkongsi ceriterima kasih untuk segalanya teman.. 

bila dah jauh nanti janganlah lupakan ayu.. jangan pernah delete memory kita study sama-sama..
in shaa Allah one day akan dipertemukan kembali.. jauh dimata tetap dekat dihati.. even jauh nanti, hope kita masih mampu bersahabat. masih contact each other.. sebab inovasi pun dah abes, so kita dah lepas dari satu bebanan yang berat. All the best utk next tasks guys .. love you guys <3

HARI INOVASI KELUARGA JKA :)

ASSALAMUALAIKUM..

berhabuk dah blog nie ayu tengok.. fuhh fuhh tiup tiup siket..
ok first sekali ayu nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi
atas segala nikmatNYA.. alhamdulillah ayu and the group dah pun lepas hari inovasi JKA..

berminggu-minggu kusut kepala fikir semua benda nie.. 2semeser usahakan projek nie..
thankyouu mama sebab salu ade untuk kakak bercerita.. thankyouu groupmates 
sebab selalu ada bersama and saling membantu..thankyouu supervisor, en Bachok sebab tak 
lokek berkongsi ilmu, thankyouu untuk kawan-kawwan yang selalu ada untuk 
terus menyokong antara satu sama lain..

tolak tambah lebih kurang sebulan je lagi kat Merlimau nie..
berakhirnya hari inovasi nie bermakna kami dah ahmpir dengan final exam.. 
dah makin dekat dengan detik perpisahan..
rasa macam sekejap jee masa berlalu kan..

untuk kawan-kawan yang menang dalam inovasi tadi ayu ucapkan tahniah..
mana yang tak menang tu jgn risau mungkin tiada rezeki.. 
setidak-tidaknyaa ade usaha kita untuk tingkatkan prestasi..
lepas nie dah boleh gulung semua pasal projek ..
dah tayah semak kepala fikir lagi dah..

ape pun, ayu cuma mampu cakap yang keluarga JKA nie dah sebahagian 
dari life ayu.. ayu sayang semua. ayu doakan semuanya berjaya tak kira lah jauh mana pun 
kita semua berpisah.. 
All the best guys.. sayang keluarga JKA ..

Tuesday 13 August 2013

RAYA 2013 :)

RAYA-RAYA :)

rasanya belum terlambat kan kalau ayu nak ucapkan selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat kat luar sana. Alhamdulillah lagi sekali tahun nie Ayu dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman. satu nikmat dan kebahagiaan yang Allah berikan. 

dalam sedar tak sedar, hari nie dah seminggu Syawal. sanak saudara pun dah mula beransur pulang ke Kota. Apa kurangnya Ayu. berat sungguh rasa hati nie nak tinggalkan kampung. rasa tenang. rasa damai yang tak dapat ayu nikmati bila kat Melaka.

kuatkan jugak hati dan perasaan. Allah atur perjalanan hidup kita dengan baik. cuma kita yang perlu buat pilihan yang betul. Selalulah meminta padaNYA agar sentiasa dipermudahkan segala urusan. In Shaa Allah, Allah tak pernah tinggalkan kita.

Syukur jugak rasanya sebab raya kali nie family bawa ayu berjalan umah sedara-sedara yang ayu sendiri tak pernah kenal selama 20 tahun nie. bila dah besar panjang nie, mama cakap kena lah kenal sedara mara. kena mixed dengan semua. dah kena independent lah. mama cakap bila mama dah pergi jauh, takde lah lupakan sedara mara nie semua. In Shaa Allah mama, kakak takkan lupakan semua tuu..

oke lah. kepada perantau yang tak dapat pulang ke desa beraya bersama keluarga jangan lah bersedih jangan berduka. Raikan jua Aidilfitri dimana jua kau berada. doa keluarga takkan pernah putus. salam minal wal faizin dari Ayu :)

Monday 6 May 2013

MASIH BELUM ADA REKOD

SESI SEMASA : DISEMBER 2012
NAMA : NUR IDAYU BINTI MAT ARIFFIN
KELAS SEMASA : DKA4C
TARIKH LAPOR DIRI : 08/01/2013

Makluman : Markah Penilaian Berterusan yang dipamerkan adalah bertujuan untuk semakan pelajar. Markah tersebut diisi oleh pensyarah kursus yang mengajar pelajar. Sila semak dan sekiranya berlaku kesilapan atau markah yang diberikan tidak sama, sila maklumkan semula kepada pensyarah kursus masing-masing. Harap maklum.

KOD NAMA KURSUS JAM KREDIT STATUS MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN

  AE501
COMMUNICATIVE ENGLISH 3
Pensy. Kursus : PUTRA SHAZLY BIN ROSMAN
  2.0
 
- Tiada Rekod -

  BA201
ENGINEERING MATHEMATICS 2
Pensy. Kursus : MOHD ZAIRIL BIN ZAINAL
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  CC301
QUANTITY MEASUREMENT
Pensy. Kursus : JULIAWATI BINTI JAMA`ON
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  CC502
GEOTECHNICS 2
Pensy. Kursus : AMRAN BIN AB. GHANI
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  CC503
TRAFFIC ENGINEERING
Pensy. Kursus : SYED ABD HALIM B SYED YUSOF
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  CC504
DESIGN OF STEEL STRUCTURE
Pensy. Kursus : MOHD FAZLI BIN ABD RAHMAN
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  CC505
STRUCTURAL ANALYSIS 1
Pensy. Kursus : SITI ASMAHANI BT MOHAMED
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  CC506
CIVIL ENGINEERING PROJECT 1
Pensy. Kursus : SITI MARLINNA CHU BINTI MOHD RIZAL CHU
  1.0
  -
- Tiada Rekod -

  CN303
STATISTICS
Pensy. Kursus : MOHD. DIN BIN MD NOR @ ABD. LATIF
  2.0
  -
- Tiada Rekod -

  PB201
ENTREPRENEURSHIP
Pensy. Kursus : JULIAWATI BINTI JAMA`ON
  2.0
  -
- Tiada Rekod -
Jumlah Jam Kredit
19.0
  << 

SELAMAT BERSARA TUAN GURU

Photo: nie ambo nk kongsi sikit Biodata Tok Guru kito. meh kito samo-samo baca walaupun panje tp ambik skit maso..  

Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. 

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam 

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. 

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. 

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid. 

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. 

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. 

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. 

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain. 

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris. 

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. 

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. 

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. 

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. 

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. 

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil. 

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah. 

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. 

Seorang Petah Bercakap 

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. 

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi. 

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. 

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’. 

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995. 

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. 

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama. 

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau. 

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. 

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat. 

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu. 

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu. 

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

Dipetik daripada blog: nasronhashim.blogspot.com

nie ambo nk kongsi sikit Biodata Tok Guru kito. meh kito samo-samo baca walaupun panje tp ambik skit maso..