CARA MERAWAT HATI TERLUKA ! tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. apatah lagi untuk merasa lemah akibat hati dan perasaan dipermainkan. apabila kita merasa kecewa dan terluka, hati mula tidak tenang dan air mata pasti menjadi teman setia.
selalunya kekecewaan ini kerap berlaku akibat 'CINTA'. namun ada satu hal yang perlu kita semua ketahui bahwa cinta itu ada pasang surutnya. setiap pertemuan jua ada perpisahan. pada mulanya kita akan lemah semangat dan seakan hilang arah hidup. itulah akibatnya apabila berpisah dengan orang yang kita sayang tidak kira lah apa puncanya sekalipun.
sesebuah hubungan itu akan selalu diuji. dalam sesebuah hubungan jua pasti ada up and down. andai kata kita tidak pernah merasa terjatuh, kita tidak akan ketahui betapa peritnya untu bangkit semula namun dari situ kita mampu meraih kekuatan yang luar biasa. bersyukurlah andai Allah menguji kita sehebat ini kerana kita salah seorang yang beruntung menjadi pilihan Allah. jangan terus terduduk malah bangunlah semula untuk orang sekelilingmu.
CARA MERAWAT LUKA DIHATI :
1. MEMBACA YASIN
disaat saya sedang terlalu rapuh dek kerana putusnya CINTA, saya mengamalkan bacaan yasin ini. alhamdulillah serabut dalam kepala ni seakan berkurang dan hati semakin tenang.
memang surah ini mempunyai aura yang luar biasa. mampu mententeramkan hati yang kian rapuh . Allahuakbar ! besarnya nikmatMU ya Allah.
2. BERZIKIR DAN BERISTHGFAR
tipulah andai disaat hati sedang sakit mulut hendak berkata hal baik baik saja bukan? pasti sumpah seranah jua yang terpancul keluar. tapi alhamdulillah Allah menjaga adabku sebagai wanita untuk tidak berbuat demikian. saat hati mula terasa sakit dan marah, lantas laju bibirku menyebut nama Tuhan pemilik sekalian alam ini. ya Allah sungguh perasaan marah itu mampu dikawal hati.
3. SOLAT SUNAT TAHAJJUD
bangunlah diwaktu 1/3 malam untuk bertahajjud. waktutu semua orang sedang lena diulik mimpi dan kita punyai masa sesuai yang damai untuk tahajjud. in shaa Allah ketenangan tu milik kita bersama. positiflah Allah tidak akan menguji andai tahu kita tidak mampu.
alhamdulillah . in shaa Allah hati makin kuat.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )"
Thursday, 23 July 2015
Sunday, 9 March 2014
KEMBALILAH MH370
assalamualaikum..
nak dikomen tak tahu apa yang sebenar-benarnya yang terjadi.
menanti berita bukan dalam Malaysia semata tapi jua negara luar yang turut membantu.
hati nie luluh berkecai bila fikiran mula membayangkan keadaan penumpang dalam pesawat ketika dalam kecemasan.
cuba anda bayangkan waktu anda fly dan flight mula menempuh awan yang tebal pun flight seakan berkocak bukan ? cukup menggerunkan buat kita didalam pesawat. apatah lagi dalam keadaan mereka yang sehingga kini masih belum ditemui.
"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah misi pencarian pesawat MAS MH370 ini".
bole lah baca berita dari sumber sumber nie dan jangan terlalu cepat buat kesimpulan.
kalau dah terlampau berfikir pun, simpan je dikotak pemikiran kita je.
heee..
http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-radar-tentera-kesan-mh370-patah.html
http://greenboc.blogspot.com/2014/03/petunjuk-baru-dua-tompokan-minyak.html
http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-pesawat-mas-yang-hilang.html
Saturday, 8 March 2014
Assalamualaikum..
08/03/2014 sekali lagi Negara kita Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat
MAS MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Subhanallah dugaan buat Negara kita.
Seramai 227 penumpang yang bersama dalam pesawat serta 12
crew on boards telah dikenalpasti. Pegawai kanan pesawat tersebut, Fariq ab
hamid yang berasal dari Pasir Mas , Kelantan juga antara mangsa yang terlibat.
Wahai sekalian alam, Negara ditimpa bencana ayuhlah kita
menadah tangan memohon doa semoga segala misi pencarian segera dipertemui. Kasihanilah
ahli keluarga mangsa yang berada dalam keadaan berduka cita. Dalam keadaan yang
teramat gelisah. Andai benar mereka telah terkorban, timbulkanlah jasad mereka.
Ayuh rakyat Malaysia kita bersatu padu sama-sama bermohon dan meminta pada
Allah. Percaya akan segala musibah yang berlaku atas kehendak ALLAH S.W.T.
People, please take good care of others feeling especially
victim’s family jangan lagi kita saling menuduh pilot tuh asalnya dari Kelantan memang macam tu. Apa
nie ? apa nie ? Ya Allah ! orang ditimpa musibah kita masih berdolak dalih
sambil menuduh itu ini.
Okay, pagi nie dua orang setiap ahli keluarga mangsa
diterbangkan ke satu lokasi yang kita sendiri tidak tahu kemana. Tapi untuk apa
? melainkan telahpun dijumpai bangkai kapal terbang tersebut kan ? jangan lah
bermain hide and seek. Rakyat pun ingin tahu cerita yang sebenarnya.
Bagaimana pula dengan desas-desus yang mengatakan ada dua
orang yang menggunakan passport palsu dan telah memasuki pesawat tersebut ? dan
owner passport tersebut telah tampil membuat laporan. Apa lagi nie ? terrorist
? siapa mereka ? Hanya Allah yang maha mengetahui.
Ayuhlah malaysiaku ! berdoa untuk MH370 .
![]() |
waris dibawa ke lokasi berhampiran kejadian![]() |



Sunday, 2 March 2014
MASIH MENCINTAINYA - PAPINKA
Assalamualaikum..
hai hai semua. ayu kan in love betul dengan lagu Masih Mencintainya by Papinka tuh.
bai bait lirik lagu tuh bawa makna yang sangat deep tau. so korang bole lah google, tengok youtube yee.
Nie haa liriknya. sambil dengar lagu nie sambil menyanyi sambil mengunyah. best jugak tuh.
MASIH MENCINTAINYA BY PAPINKA
Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu
Saturday, 1 March 2014
NATA DE COCO

ASSALAMUALAIKUM ..
Al kisahnya pergi lah
mall dengan cousins and aunty aku.
Niatnya mang nak
temankan aunty beli barang dapur je. No specific intention pun.
So aku ikut je bontot
Che ngah pilih barang. Amek barang.
Then che ngah cakap nak
nata de coco. Nak yang mango punya. Aku usha lah.
Kat mne lah staff mall
nie sorok flavor mango kan. Mata aku tertacap kat bawah sekali.
Eh eh mang staff nie
tak buat kerja ke ape haa..
Dah lah punya susah lah
kalau nak entertain customers nie. Geram menyirap je rasanyaa hati nie.
Aku Nampak yang mango
punya ade kat bawah je. Kat atas tuh still byk bertingkek-tingkek lah kan. Aku pun
tarik lah slow slow memandangkan dyeorang susun macam hape tah. Dah macam beam.
Kiri kanan. Kat tengah dah kosong dah. Kalau aku tarik satu, mang dah tak
balance lagi dah. Aku pun rajinkan diri lah kan susun yang kat atas tuh siket
biar beyul siket.
Lepastu yang lain aku
biarkan je. Aku menapak lebih kurang 7langkah je, aku dengar barang jatuh.
PANGGG!! Haaaaa..
Dah agak dah benda apa
yang jatuh. Hahaha.. aku toleh belakang memang betul sangat sangkaan aku
kan.hahahaha..
Dah selamat mendarat ke
lantai dah pun nata de coco tuh semua kan. Dah pecah dah tumpah dah melekit lah
lantai tuh. Macam sinetron pulak rasanya tengok drama tu.
Aku rasa guilty lah
pulak kan. Tapi che ngah cakap biarkan je. Staff ramai tapi tanak buat kerja. Tanak
layan customers. So biarkan dorang bersihakn semua tuh. So aku pun buat dunno
je memandangkan aku dah jauh menapak kat tempat lain kan.
Buat selamba dekk je. Haa
mcm tuu lah kisahnya aku dengan Nata De Coco nie..
Wednesday, 26 February 2014
MENGGELUPAS #PART II
Assalamualaikum..
Muka menggelupas tak menahan.
Kenapa haa. Dah dua kali muka menggelupas teruk.
Sometimes aku sendiri weird tau.musykil jugak terkadang tuh.
Muka nie kalau nak menggelupas kenapa menggelupas kat dahi
and kelopak mata je ?
So nak kurangkan penggelupasan yang tengah aktif sangat tuh
aku consume Dnars toner treatment.
Aku sapu siket je kat tempat gelupas tu pedihnya rasa nak
menjerit tahu. Sampai kadang-kadang mengalir air mata nie.
Officemates semua dah menanya. Ape kene dengan muka aku nie.
Teruk nau gelupasnya. Hishh malunya. Sampai buatkan aku
takde confidence level langsung.
Rasanya kalau aku nak kena face orang yang aku tak biasa
mahu aku menangis nie. Xsanggup nak angkat muka.
Ape masalahnya nie. Aku
memang nak menangis lah kalau melibatkan kulit muka.
Memang tak boleh. Kita nak face orang, nak tatap mata orang.
And now aku tak bole kalau nak pandang
orang lain. Rasa nk menangis terus tau.
Apa yang patut aku buat. Macam mane macam mane ?
Macam mane caranya nak hilangkan muka menggelupas nie ?
Tak sanggup dah nie nak tahan. Nak terus senyap.
Cepatlah muka sembuh seperti biasa. Cepatlah.
Jangan lah buat aku down mcm nie terus. Xde confidence level
langsung dah.
Sungguh aku tak tahan nie.
Monday, 24 February 2014
MUKA MENGGELUPAS
Assalamualaikum..
nak bercerita pun rasa malas. rasa macam takde mood.
kalau nak ikut EMOSI memang tak terkawal rasanya emosi sekarang nie.
Okayy ! before nak story pasal MENGGELUPAS nie nak wish goodluck utk achik and the whole team sebab dah berjaya masuk final dalam handball match.
now back to title yee..
muka nie dah seminggu dah menggelupas.
sakit pedih tau. tak tahu apa salahnya nie.
so semalam aku ambik half day je. Tak menahan sangat dah rasanya nie.
beli lah toner TREATMENT dnars tau. nak bgi pori jahat nie mengecut dan kembalikan wajah normal.
sedihnya tau bila everyday nak face orang dengan muka yang menggelupas macam nie.
sabar je duhai hati. cepatlah baik . cepatlah .
Subscribe to:
Posts (Atom)