Assalamualaikum..
Entry kali nie ayu refer kat blog Ex student PMM, abg Acik yang sememangnya blogger terkenal dengan Blog nye. sila klik http://www.akupenghibur.com/2013_11_01 untuk maklumat mengenai entry ayu kali nie.
Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam. Itu bait bait ceramah yang disampaikan oleh pendakwah sempoi yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dikenali sebagai UAI.
Sebelum nie pun ayu ade banyak refer pada kawan kawan pasal nie. Sebagai perempuan ayu memang akui perempuan yang banyak cakap itu lebih pendiam bila mereka mempunyai masalah atau lebih senang untuk bersendiri tanpa menyusahkan atau membebankan orang lain.
Masalah tu akan datang dalam pelbagai cara dan bentuk sebab Allah akan selalu menguji kita untuk tahu tahap mana keimanan kita. Dugaan Allah tak pernah menjangkau kemampuan makhluknya sendiri. Namun kebiasaannya perempuan akan diamkan juga dan memperlihatkan bahawa dirinya sentiasa bahagia dan ceria.
Percayalah perempuan sebegini memang kuat dan matang dalam mengharungi kehidupan. Mereka lebih suka berpura-pura senyum di depan semua orang supaya tidak membebankan orang lain. Namun begitu, perempuan seperti ini akan menangis bila mereka bersendirian dan berfikir akan masalah tersebut sendirian.
berbeza dengan lelaki dimana menurut pakar lelaki mampu mengetepikan segala masalah dan still mampu untuk menyimpan maklumat. Mereka masih mampu cool and rilex walaupun dalam masa yang sama mereka dihimpit dengan bermacam-macam masalah. Bagi perempuan, otak perempuan tidak dapat menyimpan maklumat secara khususnya ataupun dengan kata lain bila mereka ada masalah, ianya akan terus berlegar dalam fikiran sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment